Polis nafi Bukit Berapit kawasan samun

SERI ISKANDAR, 22 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Polis menafikan kawasan Bukit Berapit di Parit, Perak, menjadi tempat yang kerap berlaku kes samun dan rompakan, sebagaimana yang tular di media sosial Facebook dan WhatsApp sejak beberapa hari lalu.

Dalam mesej itu, orang ramai diingatkan supaya tidak menggunakan jalan berkenaan selepas jam 10 malam, kerana penjenayah menggunakan pelbagai taktik untuk memberhentikan kenderaan mangsa, sebelum merompak mereka.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kes sedemikian yang berlaku dikawasan terbabit.

“Setakat ini, kami tidak menerima sebarang maklumat dan laporan berkenaan kejadian samun atau rompakan di kawasan Bukit Berapit seperti yang tular dalam laman sosial.


“Pihak kami sentiasa mengambil berat setiap isu berkaitan jenayah yang ditimbulkan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terjamin,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Katanya, orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan sebarang berita palsu kerana boleh menimbulkan ketakutan dan keresahan dalam masyarakat.

“Sekiranya ada berlaku kejadian seumpama itu saya nasihatkan segera membuat laporan polis dan bukan melaporkan di media sosial supaya tindakan segera dapat diambil,” katanya.

The post Polis nafi Bukit Berapit kawasan samun appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian