Polis Thailand tahan enam rakyat Malaysia

BANGKOK, 17 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Polis Thailand menahan enam lelaki warga Malaysia dalam serbuan berasingan di bilik hotel mereka di sini kerana disyaki menjadi anggota sindiket ‘penipuan pusat panggilan’ di negara ini.

Timbalan Ketua Biro Polis Pelancong Thailand, Mej Jen Surachet Hakpan yang mengetuai serbuan itu malam tadi berkata, seorang suspek rakyat Malaysia itu ditahan di sebuah hotel di kawasan Huai Kwang malam tadi manakala lima lagi ditangkap di sebuah hotel di
Sukhumvit Road kira-kira 2 pagi (waktu tempatan) hari ini.

“Berdasarkan maklumat daripada seorang rakyat Malaysia yang ditahan di hotel Huai Kwang, kami berjaya menahan lima lagi suspek dalam operasi susulan di bilik hotel di Sukhumvit Road,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas pelbagai buku akaun bank, kad kredit, kad ATM dan resit pengeluaran wang, kad SIM telefon bimbit, telefon bimbit serta wang tunai dalam Thailand Bhat dan Ringgit Malaysia daripada lelaki terbabit.

Surachet berkata kesemua rakyat Malaysia itu sering pergi ke Thailand.

Beliau berkata, siasatan polis menumpukan kepada seorang daripada suspek yang mengumpul semua duit mangsa dan memindahkannya ke beberapa akaun bank mempunyai nama rakyat Thailand dan Malaysia.

Wang itu kemudian dikeluarkan dari Thailand, katanya, dan menambah polis mendapati kira-kira 1.2 juta Baht (kira-kira RM153,000) telah dikeluarkan dari negara ini.

Beliau berkata, polis akan menahan rakyat Thailand yang namanya tertera dalam akaun bank terbabit yang digunakan sindiket itu untuk siasatan, terutamanya mengenai kemungkinan penglibatan mereka dalam sindiket berkenaan. -Bernama

The post Polis Thailand tahan enam rakyat Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian