Rabies: Segera dapatkan rawatan jika digigit haiwan

PEKAN, 11 Jamadilawal 1439H, Ahad – Mana-mana individu yang menjadi mangsa gigitan haiwan terutama anjing dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital kerajaan, kata Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Timbalan Menteri Kesihatan itu berkata, mangsa perlu melaporkannya di Jabatan Kesihatan sekiranya menerima rawatan di klinik atau hospital swasta.

Beliau berkata, adalah menjadi satu kesalahan jika klinik swasta yang mengendalikan kes tersebut tidak merujuk ke fasiliti kesihatan kerajaan untuk vaksinasi.

“Rabies atau anjing gila adalah penyakit yang bahaya dengan tidak hanya berlaku akibat gigitan anjing tetapi juga haiwan lain,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Semalam, Jabatan Kesihatan Sarawak mengesahkan satu lagi kes rabies melibatkan seorang lelaki berusia 59 tahun dari Jalan Batu Kawa-Matang dekat Kuching.

Lelaki tersebut dilaporkan mempunyai sejarah digigit anjing pada 27 November tahun lalu, dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Kuching pada hari yang sama tetapi tidak dirujuk ke fasiliti kesihatan kerajaan untuk vaksinasi.

Bagaimanapun, 20 Januari lalu, mangsa mengalami sakit serta lemah anggota kaki dan dimasukkan ke sebuah hospital swasta empat hari kemudian sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut selepas menunjukkan gejala hidrofobia, halusinasi dan agresif.

Setakat ini, sejumlah tujuh kes rabies manusia dilaporkan di negeri ini sejak 30 Jun tahun lalu, di mana lima daripada mangsa telah meninggal dunia dan dua masih dirawat.

The post Rabies: Segera dapatkan rawatan jika digigit haiwan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian