Ratusan penerbangan di Kanada terjejas akibat cuaca sejuk melampau
MONTREAL, 14 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Ratusan penerbangan di beberapa lapangan terbang di Kanada terpaksa dibatal dan ditangguhkan, ekoran dilanda cuaca sejuk melampau.
Toronto kini merekodkan suhu di bawah paras beku, 15 darjah celsius.
Ottawa negatif 25 dan suhu paling sejuk direkodkan di Armstrong iaitu negatif 42.8 darjah celsius.
Sehubungan itu, pihak penerbangan Air Canada telah mengeluarkan amaran perjalanan kepada semua penumpang yang menggunakan lapangan terbang di Toronto, Montreal, Calgary dan Ottawa.
Air Canada turut memansuhkan bayaran yuran yang dikenakan kepada penumpang yang mahu menukar tiket penerbangan mereka.
Berdasarkan maklumat dari laman web lapangan terbang itu, masalah cuaca yang berlaku turut menyebabkan tempoh berlepas sesebuah pesawat tertangguh antara empat hingga lima jam.
Manakala, pengesan penerbangan FlightAware di Toronto memaklumkan, keadaan salji tebal itu telah menyebabkan hampir 500 penerbangan terpaksa dibatal atau ditangguhkan. -Agensi
The post Ratusan penerbangan di Kanada terjejas akibat cuaca sejuk melampau appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan