Roket pengganas Krudis kena masjid, dua jemaah sedang solat maut

ANKARA, 8 Jamadilawal 1439H, Khamis – Sekurang-kurangnya dua terbunuh, manakala enam lagi cedera apabila roket ditembak pengganas Kurdis PYD/PKK dari Syria mengenai sebuah masjid di Kilis, bandar Turki yang bersempadan dengan Syria, semalam.

Serangan roket itu dibuat selepas Ankara memulakan operasi ketenteraan menghapuskan pengganas Kurdis di wilayah Afrin yang bersempadan dengan Turki, Sabtu lalu.

Roket itu mengenai Masjid Calik kira-kira jam 6.10 petang ketika solat Maghrib, kata Gabenor Kilis, Mehmet Tekinaslan. 

Dalam satu kenyataan beliau berkata, satu lagi roket mengenai sebuah rumah menyebabkan lima penghuni, termasuk kanak-kanak cedera dan dikejarkan ke hospital.

Sumber ketenteraan pula berkata, mereka dapat mengesan kedudukan pelancar roket itu dan menyerang balas.

Sabtu lalu, Turki melancarkan Operation Olive Branch bagi menghapuskan kumpulan pengganas Kurdis PYD/PKK dan Daesh di Afrin, barat laut Syria.

Pengepungan dan serangan berterusan ke atas Goutha oleh rejim Syria sejak lima tahun lalu, menyebabkan 216 orang awam terbunuh, termasuk 53 kanak-kanak dan 35 wanita.

Sementara itu, di GHOUTA, Syria, agensi pertahanan awam White Helmet dalam satu kenyataan berkata, lebih 200 orang awam terbunuh selepas penempatan mereka di timur Ghouta diserang rejim Syria sejak 29 Disember lalu.

Katanya, rejim Syria menembak mortar dan roket ke daerah Kafr Batna, Beit Sawa dan Irbin, menyebabkan 216 orang awam terbunuh, termasuk 53 kanak-kanak dan 35 wanita.

Dalam laporan tahunan terbaharunya pula, White Helmet berkata, sekurang-kurangnya 1,337 orang awam terbunuh di timur Ghouta pada 2017 berikutan serangan berterusan rejim Bashar Al-Assad.

Menjadi penempatan kepada kira-kira 400,000 penduduk, timur Ghouta yang terletak di pinggir Damascus, menjadi kawasan yang dikepung oleh tentera rejim Syria yang dibantu Russia dan puak bersenjata Syiah, sejak lima tahun lalu. – Agensi

The post Roket pengganas Krudis kena masjid, dua jemaah sedang solat maut appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian