Seruan Solat Subuh Berjemaah

IPOH, 28 Januari, Ahad – “Saya menyeru kepada semua untuk membudayakan solat subuh berjemaah walau di mana sahaja kita berada”, ujar Ustaz Shahruzzaman Bistamam, Pengerusi Aman Palestin Perak baru-baru ini.

Beliau turut menerangkan bahawa solidariti umat dalam menunaikan solat subuh berjemaah sangat berkait rapat dengan pembebasan Masjid Al-Aqsa di Palestin.

Hadith Nabi S.A.W yang bermaksud, ‘Solat adalah tiang agama, barang siapa yang merobohkannya, bererti dia telah merobohkan agamanya.’

Dalam hadith ini baginda Nabi SAW meletakkan solat sebagai ibadah yang sangat penting kepada setiap hambanya dan juga menjadi tunjang dalam perjuangan Islam.

Menurut beliau juga, seiring dengan kempen perlaksanaan solat subuh berjemaah yang kita adakan, kerajaan Turki juga sedang giat berkempen untuk meramaikan jemaah subuh di masjid-masjid mereka.

“Kerajaan Turki berkempen kepada rakyat mereka supaya meramaikan jemaah subuh di masjid sama ramai dengan bilangan jemaah solat jumaat”, katanya lagi.

Seruan subuh berjemaah ini dilaungkan pada program ‘Hari Tanpa Kereta’ anjuran Majlis Bandaraya Ipoh di gerai Ikatan Muslimin Malaysia, (ISMA) cawangan Ipoh baru-baru ini.

Orang ramai dijemput hadir untuk bersama-sama berhimpun untuk solat Subuh berjemaah di Masjid Abdul Rahman Auf, pada 31 Januari ini bagi memeriahkan kempen ini di samping melatih diri untuk membudayakan solat subuh berjemaah.

Turut dijalankan di gerai Isma adalah pemeriksaan kesihatan kepada pengunjung oleh penagamal perubatan iMedik Ipoh, aktiviti memanah dan juga Klinik Al-Fatihah yang dijalankan secara santai.

 

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian