ismakualaterengganu

SPR terima notis kekosongan DUN Lepar

KUANTAN, 14 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi Dewan...

KUANTAN, 14 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar ekoran kematian penyandangnya, Datuk Mohd Shohaimi Jusoh, Ahad lalu.

Pengarah SPR Pahang, Datuk Zamree Hamli berkata, beliau menerima surat daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Datuk Seri Ishak Muhammad di pejabat speaker pada pukul 11.40 pagi tadi.

Beliau berkata, Perkara 26(5) Bahagian II Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang menyatakan kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN tidak lagi boleh diisi dalam tempoh dua tahun dewan negeri akan bubar, melainkan speaker memberitahu secara bertulis kepada SPR akan keperluan pengisian kekosongan itu.

“Berdasarkan surat yang diterima, speaker tidak memaklumkan ada keperluan untuk mengisi kekosongan itu,” katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Mohd Shohaimi, 55, meninggal dunia di rumahnya di Sungai Isap Damai di sini, pada kira-kira 4.15 pagi Ahad lalu, selepas demam selama seminggu.

Pada pilihan raya umum ke-13, Mohd Shohaimi yang mewakili Barisan Nasional memang besar selepas memperoleh 8,022 undi mengalahkan Jefri Tukemin daripada PKR yang mendapat 4,306 undi dan calon Bebas Kamarzaman Yunus yang hanya mendapat 65 undi.- Bernama

The post SPR terima notis kekosongan DUN Lepar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 3047478077421187648

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item