Taliban mengaku serang Hotel Intercontinental di Kabul

KABUL, 4 Jamadilawal 1439H, Ahad – Kumpulan militan Taliban Afghanistan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan yang dilakukan terhadap Hotel Intercontinental di Kabul, semalam, yang berakhir dengan kematian lima orang awam dan mencederakan enam yang lain.

Kumpulan lelaki bersenjata memakai seragam tentera menyerang hotel yang dikawal ketat di kawasan Bagh-e Bala petang semalam, sambil melepaskan tembakan ke arah tetamu.

Bagaimanapun, selepas 16 jam bertempur, pasukan keselamatan Afghanistan mengumumkan operasi itu ditamatkan selepas penyerang terakhir ditembak mati.

“Pegawai tentera berada di dalam hotel itu untuk menyiasat dan mencari kemungkinan ada lagi mangsa serangan berkenaan,” kata jurucakap tentera.

Sementara itu, kumpulan militan Taliban yang menguasai lebih satu pertiga negara itu berkata, tiada penyelesaian aman boleh dicapai kecuali semua tentera antarabangsa meninggalkan Afghanistan.

“Lima pejuang kami, Bilal, Ayubi, Khalil, Bashar dan Abid memasuki hotel itu dan menjalankan operasi yang mengorbankan 10 warga asing dan pegawai kerajaan Afghanistan,” kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid.

Kejadian di Hotel Intercontinental itu adalah antara beberapa serangan yang dilakukan militan Taliban di seluruh Afghanistan semalam dan hari ini.

Di sebuah perkampungan di utara wilayah Balkh, militan Taliban menyerbu beberapa rumah lewat tengah malam tadi, menarik keluar pegawai polis dan menembak mereka.

Sekurang-kurangnya 18 pegawai polis dibunuh, kata Timbalan Ketua Polis, Abdul Raziq Qaderi.

Di barat wilayah Herat pula, sekurang-kurangnua lapan orang awam terbunuh apabila kenderaan mereka terlanggar periuk api yang ditanam Taliban di tepi jalan raya. – Agensi

The post Taliban mengaku serang Hotel Intercontinental di Kabul appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian