Tempoh reman Peter Anthony dilanjut hingga Jumaat

KOTA KINABALU, 21 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Tempoh tahanan reman naib presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony, yang berakhir hari ini, dilanjutkan hingga Jumaat bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes urusan pembelian tanah ladang kelapa sawit bernilai kira-kira RM155 juta di daerah Tongod.

Majisret Stephenie Sherron Abbie membuat keputusan berkenaan selepas mendengar pemohonan Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Faliq Basirudin.

Pada Jumaat lepas, Peter, 46, ditahan SPRM ketika hadir di pejabat agensi itu untuk memberi keterangan berhubung kes pembelian tanah berkenaan.

Keesokannya, Majistret Cindy Mc Juce Balitus membenarkan permohonan SPRM bagi menahan reman Peter selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Peter diwakili peguam Martin Tommy.

Rabu lepas, SPRM mengeluarkan notis memberi tempoh 48 jam kepada Peter dan seorang peguam Michael Persius Ubu untuk menyerah diri di Pejabat SPRM Sabah bagi membantu siasatan kes berkenaan. -Bernama

 

The post Tempoh reman Peter Anthony dilanjut hingga Jumaat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian