(TERKINI) 15 dikhuatiri terbunuh, penyerang hotel di Kabul campak tetamu keluar tingkap

KABUL, 4 Jamadilawal 1439H, Ahad – Sekurang-kurangnya 15 orang, termasuk penyerang, dilaporkan terbunuh selepas empat lelaki bersenjatakan raifal automatik menyerbu dan melepaskan tembakan rambang di hotel lima bintang – Hotel Intercontinental – awal pagi tadi.

Penyerang dilaporkan turut mencampak tetamu yang ditahan keluar tingkap ditingkat enam hotel berkenaan, menyebabkan sesetengahnya terbunuh.

Sekurang-kurangnya, tujuh lagi penghuni hotel cedera, apabila penyerang melepaskan tembakan di hotel yang popular dengan pelancong asing dan pegawai kedutaan.

Penyerang menyerbu hotel terbabit kira-kira jam 9 malam tadi waktu Kabul (12.30 pagi waktu Malaysia), selepas meletupkan pagar hotel menggunakan pelancar bom tangan.

Penyerang juga dipercayai membakar bilik di tingkat empat dan di dapur hotel. Jumlah kemalangan jiwa bagaimanapun, belum dipastikan.

Hotel berkenaan terletak di kawasan tanah tinggi yang menghadap ke Kabul, biasanya dikawal ketat kerana popular dengan pegawai kerajaan dan warga asing.

Ini adalah kali kedua hotel itu diserang. Pada Jun 2011 lalu, serangan semalaman puak Taliban di hotel itu menyebabkan 21 terbunuh, termasuk 10 orang awam.

Belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu.- Agensi

The post (TERKINI) 15 dikhuatiri terbunuh, penyerang hotel di Kabul campak tetamu keluar tingkap appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian