Terowong dasar laut: Ahli politik makan besar, lapor akhbar

BANGI, 4 Jamadilawal 1439H, Ahad – Beberapa ahli politik disyaki menerima habuan besar mencecah jutaan ringgit dalam proses pemberian kelulusan kajian projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion, lapor Utusan.

Akhbar berkenaan memetik sumber sebagai berkata, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati habuan yang diterima daripada hasil salah laku dan rasuah pemberian kelulusan tersebut bernilai besar.

“Ada ahli politik yang menerima ratusan ribu ringgit, malah ada yang mencecah jutaan ringgit melalui ‘jalinan kerjasama’ itu. Setakat ini, kami sedang mengesan bagaimana salah laku itu berlaku dan bagaimana pembayaran itu dilaksanakan.

“Namun kami percaya, itu berkemungkinan berkaitan pemberian dua lot tanah bernilai tinggi yang menjadi cara pembayaran kepada kajian projek mega itu,” katanya.

Bagaimanapun, sumber terbabit enggan mendedahkan identiti ahli politik yang dipercayai terbabit menerima pembiayaan itu, namun tidak menolak kemungkinan mereka itu adalah individu yang berkepentingan dalam projek berkenaan.

Katanya, SPRM kini dalam proses untuk merekod keterangan beberapa saksi penting untuk mengukuhkan siasatan.

“Saksi yang akan direkod ini mampu menjawab bagaimana salah laku dan pembayaran itu berlaku,” katanya.

Sumber itu berkata, beberapa individu penting yang dipercayai terbabit dalam projek itu akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada SPRM dalam tempoh terdekat.

Akhbar berkenaan juga melaporkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan itu, namun memaklumkan SPRM sehingga kini sudah menyerbu 42 lokasi, termasuk syarikat perunding dan agensi kerajaan di Pulau Pinang dan Lembah Klang.

“Bagi kami masa untuk siasat. Siasatan kes ini melibatkan banyak isu-isu teknikal yang perlu disiasat secara terperinci untuk melengkap kertas siasatan,” jelasnya.

Sehingga hari ini seramai lebih 76 saksi sudah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

The post Terowong dasar laut: Ahli politik makan besar, lapor akhbar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian