ismakualaterengganu

Terowong: SPRM panggil lebih ramai saksi

PUTRAJAYA, 5 Jamadilawal 1439H, Isnin – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil lebih ramai saksi baharu bagi membantu...

PUTRAJAYA, 5 Jamadilawal 1439H, Isnin – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil lebih ramai saksi baharu bagi membantu siasatan projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya telah merakam percakapan 76 saksi untuk memastikan kes itu disiasat daripada semua aspek dan secara adil.

“Siasatan masih dijalankan dan dijangka ramai lagi saksi baharu akan dipanggil. Saya tidak menolak kemungkinan ada tangkapan baru dibuat. Cuma tidak mahu jelaskan bila dan siapa,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Paluan Berundur Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas perkembangan terkini mengenai siasatan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan berkaitan projek itu.

Sambil menyatakan keengganannya mengulas laporan itu, Azam bagaimanapun menegaskan bahawa SPRM tetap menjalankan siasatan terhadap mana-mana pihak yang terlibat menerima rasuah di negara ini.

Sebelum ini, pengarah eksekutif kanan sebuah syarikat konsortium dan timbalan pengerusi sebuah syarikat pembangunan hartanah ditahan reman selama 10 hari bagi membantu siasatan projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Ditanya sama ada kes itu dihantar ke Pejabat Peguam Negara, Azam berkata ia masih lagi dalam peringkat menyiasat dan dijangka mengambil masa yang lama.

Beliau juga menafikan tuduhan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kononnya SPRM bersikap berat sebelah serta tidak mengambil tindakan terhadap sumber yang membocorkan maklumat siasatan kepada media.

“SPRM tidak pernah berat sebelah dan menjalankan tugas penyiasatan secara profesional. Kita akan lihat daripada semua sudut maklumat itu diberikan melalui media sosial dan arus perdana.

“Saya akan menyiasat dakwaan bocor maklumat itu. Ada kalanya, sesetengah maklumat itu tidak betul. Kita mempunyai cara sendiri untuk menilai dan menapis perkara ini,” katanya.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer itu, yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama, dijadualkan bermula 2023. Ia sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan (PIP) kerajaan Pulau Pinang bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.

Ditanya mengenai PAS yang tidak mahu menyerahkan nama calon saringan pilihan raya parti itu, Azam berkata, ia terpulang kepada PAS. – Bernama

The post Terowong: SPRM panggil lebih ramai saksi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 9211124225558188283

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item