Tiada PRK untuk DUN N.18 Lepar

PUTRAJAYA, 14 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan dijalankan bagi mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.18, Lepar selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata, SPR pada hari ini telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Ishak Muhamad berhubung kekosongan kerusi DUN N.18 Lepar berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Shohaimi Jusoh pada 31 Disember 2017.

Bahagian II, Bab IV, Perkara 26(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang menyatakan bahawa jika kekosongan luar jangka dipastikan dalam tempoh dua tahun sebelum mandat yang diberikan kepada kerajaan negeri akan terbubar, maka kekosongan luar jangka itu tidak boleh diisi, melainkan jika Yang Dipertua memberitahu SPR secara bertulis akan keperluan pengisian kekosongan luar jangka tersebut, katanya.

“Berdasarkan surat pemakluman rasmi yang diterima, Yang Dipertua DUN Pahang tidak menyatakan keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka itu.

“Oleh itu, memandangkan tempoh mandat DUN Pahang yang telah melebihi tempoh tiga tahun dan tiada pemberitahuan oleh Yang Dipertua DUN mengenai keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka itu, maka SPR memutuskan bahawa tiada PRK dijalankan bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut,” katanya.

Mohd Shohaimi, 55, meninggal dunia di rumahnya di Sungai Isap Damai,Kuantan, pada kira-kira 4.15 pagi Ahad lalu, selepas demam selama seminggu.

Pada pilihan raya umum ke-13, Mohd Shohaimi yang mewakili Barisan Nasional menang besar selepas memperoleh 8,022 undi mengalahkan Jefri Tukemin daripada PKR yang mendapat 4,306 undi dan calon Bebas Kamarzaman Yunus yang hanya mendapat 65 undi.- Bernama

The post Tiada PRK untuk DUN N.18 Lepar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian