ismakualaterengganu

Tukar agama: Keputusan mahkamah hari ini menyedihkan

Mahkamah Persekutuan kata penukaran agama tiga anak Muhammad Ridhuan Abdullah kepada Islam terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang kera...

Mahkamah Persekutuan kata penukaran agama tiga anak Muhammad Ridhuan Abdullah kepada Islam terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang kerana tidak mendapat persetujuan ibu mereka, M Indira Gandhi

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 12 Jamadilawal 1439H, Isnin – Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menggesa kerajaan mengkaji semula semua undang-undang berkaitan penukaran agama kepada Islam, terutama tatacara bagi kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.

Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, antaranya cukuplah sekadar ibu bapanya beragama Islam jika membabitkan kanak-kanak yang belum boleh bercakap lagi, yang tidak perlu mengucap syahadah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini, yang memutuskan penukaran agama tiga anak Muhammad Ridhuan Abdullah kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang kerana tidak mendapat persetujuan ibunya, M Indira Gandhi.

Ketika mereka diislamkan pada 2009, kanak-kanak berkenaan itu masing-masing berusia 12 tahun, 11 tahun dan 11 bulan.

Lima hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, disertai Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum; bersama tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali; Tan Sri Abu Samah Nordin; dan Tan Sri Ramly Ali, membuat keputusan sebulat suara.

Menerusi 99 muka surat penghakiman yang dibacakan Zainun, mahkamah memutuskan persetujuan kedua-dua ibu bapa adalah perlu untuk penukaran agama anak sebelum Sijil Perakuan Memeluk Islam dikeluarkan oleh Pendaftar Mualaf.

Mengulas lanjut, Zainul Rijal berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini amat menyedihkan kerana ia menyediakan ‘precedent’ yang aneh, di mana Mahkamah Persekutuan meminggirkan keputusan sidang Mahkamah Persekutuan terdahulu di dalam kes Subahsini melawan Saravanan.

“Walaupun memang terjadi Mahkamah Persekutuan tidak mengikut prinsip mahkamah yang sama sebelum ini kerana ia tidak terikat, tetapi di dalam kes kepentingan awam seperti ini seharusnya mahkamah konsisten dengan keputusan mereka.

“Walau apapun sebagai seorang warganegara kita perlu menerima keputusan ini kerana ia dibuat oleh mahkamah yang kompeten. Masyarakat Islam perlu menunggu kes yang lain untuk berhujah semula bagi mengetepikan penghakiman ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Keputusan Mahkamah juga menegaskan bahawa Pendaftar Mualaf tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan sijil penukaran agama kanak-kanak kepada Islam kerana tidak mematuhi Seksyen 96 (1) dan 106 (b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004.

Ini kerana, seksyen berkenaan menetapkan seseorang mesti mengucapkan dua kalimah syahadah dalam bahasa Arab secara jelas dan dengan kerelaan sendiri, manakala kanak-kanak yang belum mencapai umur 18 tahun boleh memeluk Islam jika mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga.

Sehubungan itu, Zainul Rijal menggesa semua kerajaan negeri meminda undang-undang tubuh negeri masing masing dengan meletakkan penubuhan Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri sebagaimana yang terdapat dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu.

Selain itu, beliau turut mendesak semua undang-undang yang menetapkan Mahkamah Syariah hanya terhad kepada orang Islam sahaja turut dipinda.

“Ia bertujan memberi kelonggaran kepada orang bukan Islam hadir di Mahkamah Syariah. Dengan cara ini orang bukan Islam juga boleh mendapat keadilan di Mahkamah Syariah.

“Saya juga khuatir penghakiman ini akan dijadikan alasan oleh pihak kerajaan untuk memperkenalkan semula pindaan Seksyen 88A kepada Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 yang telah ditolak oleh umat Islam arus perdana.

“Justeru, umat Islam perlu menunjukkan kesatuan bagi menolak sebarang usaha memperkenalkan semula Seksyen 88A tersebut,” katanya.

The post Tukar agama: Keputusan mahkamah hari ini menyedihkan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 9136799391015653818

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item