Turki beri amaran kepada AS jangan bantu pengganas Kurdis

ISTANBUL, 9 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Turki memberi peringatan kepada mana-mana pihak supaya tidak membantu atau menyokong pengganas Kurdis, YPG/PKK, jika tidak mahu menjadi sasaran – amaran yang cenderung ditujukan kepada Amerika Syarikat (AS) yang bekerjasama dengan pengganas di utara Syria.

Amaran itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Turki, Bekir Bozdag, selepas Ankara mengancam akan menyerang bandar Manbij sebagai sebahagian daripada operasi menghapuskan kumpulan pengganas Kurdis di wilayah Afrin.

AS mempunyai sekurang-kurangnya 2,000 anggota tentera berpangkalan di Manbij, kira-kira 100 kilometer di timur Afrin, yang bekerjasama dengan kumpulan pengganas Kurdis memerangi militan IS.

Bozdag berkata, jika AS mahu mengelak konfrontasi dengan Turki, sama ada mereka mahu atau tidak, jalannya adalah jelas iaitu menghentikan sokongan kepada kumpulan pengganas.

“Sesiapa sahaja yang menyokong kumpulan pengganas itu akan menjadi sasaran dalam pertempuran ini. Amerika Syarikat perlu mengkaji semula anggota tenteranya serta elemen sokongan kepada pengganas, bagi mengelak konfrontasi dengan Turki,” kata Bozdag kepada stesen televisyen A Haber.

Bagaimanapun, tentera AS yang beroperasi di Manbij berkata, mereka berhak mempertahankan diri jika diserang.

“Pakatan tentera di kawasan itu mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka dan akan melakukan apa yang patut,” kata jurucakapnya Kolonel Ryan Dillon.

Jurucakap Pentagon, Dana White berkata, beliau melihat laporan bahawa Turki meminta AS memindahkan pasukan tenteranya dari Manbij, tetapi tidak pasti sama ada ia akan dipertimbangkan atau tidak.

Sejak seminggu lalu, Turki melancarkan ‘Operation Olive Branch Afrin’, bagi menghapuskan pengganas PYD/PKK dan Daesh di wilayah bersempadan dengannya di Afrin. – Agensi

The post Turki beri amaran kepada AS jangan bantu pengganas Kurdis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian