UAE keluarkan Qatar daripada peta dunia

ABU DHABI, 3 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Emiriah Arab Bersatu (UAE) tidak memasukkan Qatar ke dalam peta dunia pada satu pameran di sebuah muzium di Abu Dhabi, kata seorang pemerhati veteran berkaitan hal ehwal Negara Teluk, lapor Anadolu.

Dalam analisis yang diterbitkan awal minggu ini bertajuk ‘Persaingan UAE/Qatar semakin meningkat’, Simon Henderson dari Institut Washington berkata, peta dunia besar dipamerkan di muzium berkenaan tidak mempunyai negara Qatar.

“Di seksyen kanak-kanak di Muzium Louvre di Abu Dhabi, peta bahagian selatan Negara Teluk tidak mengandungi Qatar – penukaran geografi yang mungkin tidak sesuai dengan perjanjian Perancis yang membenarkan Abu Dhabi menggunakan nama Louvre,” tulis Henderson.

Tahun lalu, UAE membayar Muzium Louvre yang menjadi ikonik Perancis sebanyak AS$520 juta untuk menggunakan namanya di Muzium Louvre Abu Dhabi, yang dibuka pada November tahun lalu.

Mengeluarkan Qatar daripada peta dunia itu adalah tindakan terbaharu UAE yang sebelum ini memutuskan hubungan diplomatik dan dagangan dengan negara kecil kaya minyak itu.

Minggu lalu, Qatar menuduh pesawat tentera UAE terbang di ruang angkasanya yang disifatkan sebagai menceroboh kedaulatannya. Abu Dhabi menafikan tuduhan itu.

Minggu ini pula, UAE menuduh jet pejuang Qatar cuba memintas dua pesawat penumpang UAE yang dalam penerbangan ke Bahrain. Doha bagaimanapun, menafikan tuduhan itu.

Tahun lalu, UAE bersama Arab Saudi, Mesir dan Bahrain memutuskan hubungan diplomatik dan dagangan dengan Qatar, dengan menuduh Doha menyokong keganasan. – Agensi

The post UAE keluarkan Qatar daripada peta dunia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian