Usah galak halang pendakwah berceramah

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

PUTRAJAYA, 22 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Setiap Jabatan Agama Islam Negeri dicadangkan supaya memberi tumpuan yang lebih kepada pembinaan jati diri individu, daripada galak melarang pendakwah di Malaysia daripada berceramah.

Sambil menghormati keputusan mana-mana negeri untuk melarang penceramah, Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Datuk Dr Zulkiple Abd Ghani berkata, beliau melihat keperluan pendidikan individu adalah lebih penting.

“Ini di mana, mereka mempunyai kemahiran literasi untuk mereka menerima pelbagai informasi dan ada kekuatan diri untuk menapis mana informasi berguna yang boleh membentuk ‘character buiding’, berbanding dengan pendekatan yang agak pasif.

“Kerana hari ini kita punyai terlalu banyak informasi bukan hanya dari ceramah jadi dalam konteks dakwah, kita perlu keluar daripada kotak dakwah bil qaul sahaja. Kita kena tangani dengan sifat terbuka, meningkatkan kita punya kematangan dan jati diri setiap individu,” katanya pada Multaqa Dakwah dan Pemikiran Islam yang diadakan di sini, hari ini.

Kelmarin, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) melarang tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din daripada berceramah di negeri itu.

JAIJ juga sebelum ini melarang pendakwah Zimbabwe, Ismail Menk atau Mufti Menk, dan Ustaz ‘Haslin Bollywood’ daripada mengadakan ceramah di negeri itu.

The post Usah galak halang pendakwah berceramah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?