ismakualaterengganu

Ustaz Wadi kini mula sedar, stabil

TAIPING, 16 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Pendakwah agama terkemuka, Ustaz Wadi Anuar yang patah bahu dan mengalami kecederaan luar akibat ke...

TAIPING, 16 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Pendakwah agama terkemuka, Ustaz Wadi Anuar yang patah bahu dan mengalami kecederaan luar akibat kemalangan di Bukit Merah kini sudah mula sedar.

Bagaimanapun, walaupun dalam keadaan stabil namun beliau masih lemah dan tidak mampu lagi bercakap.

Sementara itu, tiga mangsa yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut iaitu Ustaz Hanbali Zulkifli serta ayahanda Ustaz Murtadza kini menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Manakala, Ustaz Murtadza Yusof telah mengalami pendarahan otak dan terpaksa menjalani pembedahan yang agak berisiko tinggi.

Difahamkan, Ustaz Wadi bersama tiga individu berkenaan telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Grand Livina terbabas di Kilometer 200.9 Lebuhraya Utara Selatan, lewat petang semalam.

Susulan kemalangan terbabit, dua daripada mereka cedera parah manakala dua lagi cedera ringan yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Taiping.

The post Ustaz Wadi kini mula sedar, stabil appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 6412768600038906457

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item