[VIDEO] Asteroid sebesar Burj Khalifa menghampiri bumi, NASA keluar amaran

CALIFORNIA, 4 Jamadilawal 1439H, Ahad – Asteroid yang ‘berpotensi mencetuskan bahaya’, lebih besar daripada bangunan tertinggi di dunia, menuju ke Bumi pada kelajuan 122,310 kilometer sejam.

Dengan ukuran sebesar Menara Burj Khalifa di Dubai, Asteroid 2002 AJ129 akan terbang melintasi Bumi pada 4 Februari, dalam jarak 2.6 juta batu (4.2 juta kilometer) daripada planet kita, menurut NASA.

“Walaupun jaraknya 10 kali ganda antara bumi dengan bulan, ia termasuk dalam parameter ‘berpotensi berbahaya’ – klasifikasi yang digunakan untuk sebarang asteroid dalam lingkungan 7.4 juta kilometer dari bumi.

“Asteroid berukuran 1.2 kilometer lebar itu akan mencapai kelajuan 122,310 kilometer sejam ketika berada di laluan paling hampir dengan bumi,” kata NASA.

Bagaimanapun, NASA memberi jaminan bahawa pergerakan asteroid berkenaan tidak memberi ancaman berlanggar dengan bumi.

“Kami telah menjejaki asteroid ini selama lebih 14 tahun dan telah mengenal pasti orbitnya dengan tepat.

“Pengiraan kami menunjukkan bahawa asteroid 2002 AJ129 tidak berpotensi berlanggar dengan bumi pada 4 Februari atau dalam tempoh 100 tahun akan datang,” katanya.

Satu kajian yang dilakukan pada 2016 menjangkakan pelanggaran asteroid berkenaan boleh menyebabkan impak global yang sangat teruk untuk tempoh beberapa tahun.- Agensi

The post [VIDEO] Asteroid sebesar Burj Khalifa menghampiri bumi, NASA keluar amaran appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian