Yadim bimbang perkahwinan sejenis berlaku di Malaysia

BANGI, 29 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bimbang perkahwinan sesama jantina mungkin berlaku secara diam-diam di kalangan umat Islam di negara ini.

Pengarah Yadim Zon Timur, Mahadi Awang berkata, sekiranya berlaku hal sedemikian, ia memberi gambaran tidak sihat mengenai peradaban masyarakat Islam di Malaysia.

Mengulas isu bintang Hollywood yang juga penyanyi popular Ricky Martin mencuri perhatian dunia apabila mengumumkan telah berkahwin dengan lelaki pujaan hatinya, Jwan Yosef, beliau berkata, perkara seperti itu membimbangkan jika ia menjadi ikutan generasi anak muda hari ini.

Memetik kenyataannya dalam Sinar Harian, beliau berkata, ia kini seolah menjadi budaya dan dikhuatiri menjadi ikutan secara senyap-senyap dalam kalangan individu Islam di negara ini.

Katanya, Islam mengutamakan kemaslahatan dan kebaikan semua, bermakna perlakuan atau hubungan sejenis adalah perbuatan terlaknat dari sudut agama.

“Kecaman terhadap perbuatan tersebut sehinggakan Nabi Muhammad SAW tidak mengaku sebagai umat bagi pelaku homoseksual dan hubungan sejenis ada banyak sebab, antaranya menjejaskan kesihatan dengan terdedah kepada penyakit kelamin,” katanya.

Justeru, Mahadi berkata, asas didikan agama, latar belakang keluarga dan kebijaksanaan ibu bapa amat penting dalam mencorakkan gaya kehidupan anak-anak.

“Perkara utama yang perlu dibendung dari berlakunya perkara sebegini ialah gejala gay yang mana ia berpotensi menghancurkan institusi masyarakat iaitu institusi kekeluargaan dan sosial.

“Bagaimana zuriat nak berkembang sekiranya pasangan kita adalah kaum sejenis? Sekiranya perkara ini berleluasa, ia akan memberikan kesan tidak baik yang melibatkan keruntuhan moral masyarakat,” katanya.

The post Yadim bimbang perkahwinan sejenis berlaku di Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian