Yayasan MyAQSA kutuk penangkapan dua tokoh Palestin

BANGI, 8 Jamadilawal 1439H, Khamis – Yayasan MyAQSA mengutuk keras tindakan rejim pengganas Zionis menahan dua tokoh utama Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MyAQSA, Dr Noor Azman Mohd Samsuddin berkata, tindakan itu menunjukkan sikap biadap dan tidak bertamadun rejim pengganas Israel.

Beliau berkata, kedua-dua tokoh itu, Timbalan Pengerusi Gerakan Islam Baitulmaqdis, Sheikh Dr Kamal Khateeb dan Pengarah Harta Wakaf dan Akademi Warisan Masjidil Aqsa, Sheikh Dr Najeh Daod Ahmad Bkirat, sebelum ini sudah mengesahkan akan hadir pada Persidangan Meja Bulat MyAQSA pada Jumaat ini di Putrajaya.

“Dilaporkan bahawa tentera zionis Israel telah menyiasat dan menggeledah rumah mereka selama lebih dua jam di Baitulmaqdis semalam. Seterusnya mereka telah dikenakan tahanan rumah selama sebulan.

“Secara khusus mereka telah dilarang untuk hadir ke Persidangan Meja Bulat MyAQSA kerana bagi Zionis Israel program tersebut adalah satu bentuk ancaman kepada mereka.

“Sebagai penganjur kepada Persidangan Meja Bulat MyAQSA sempena Festival MyAQSA yang akan berlangsung di Putrajaya pada 26 hingga 28 Januari 2018 ini, kami mengutuk keras dan mengecam kebiadaban dan kezaliman berterusan yang ditunjukkan oleh tentera Zionis Israel ini,” katanya dalam satu kenyataan..

Beliau berkata, tindakan menghalang delegasi persidangan meja bulat MyAQSA untuk hadir adalah bertentangan dengan hak asasi manusia, malah seluruh dunia wajar mengutuk dan mengecam tindakan biadap yang tidak bertamadun ini.

“Maka dengan ini kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bangkit menzahirkan bantahan mereka terhadap kezaliman berterusan tentera Zionis Israel ini.

“Marilah sama-sama menunjukkan solidariti kita kepada perjuangan pembebasan Baitulmaqdis dengan hadir beramai-ramai ke Himpunan Munajat Aqsaku yang akan berlangsung pada hari Sabtu 27hb Januari di Dataran Putrajaya, Putrajaya,” katanya.

The post Yayasan MyAQSA kutuk penangkapan dua tokoh Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian