“WAHAI DAIE, JANGAN BIARKAN KAMI KEMBALI KEPADA JAHILIYAH!”
Ruang kamar mahkamah dipenuhi manusia. Hari yang ditunggu untuk kesekian lamanya telah tiba. Hari yang menentukan adakah benteng terakhir undang-undang kehakiman syariah Sarawak masih berkuasa ataupun telah hilang bisanya. 27 Februari 2018, hari pengumuman keputusan kes rayuan penukaran agama atau murtad dari agama Islam bagi empat orang perayu. Mereka adalah: Syarifah Nooraffyza Wan Hosen – seorang Muslimah berbangsa Melayu yang meninggalkan agama Islam secara sukarela dan memeluk agama kristian – agama teman lelakinya. Mohd Syafiq b Abdullah atau Tiong Choo Ting – berbangsa campuran Cina-Bidayuh beragama kristian sebelumnya. Memeluk agama kristian atas urusan perkahwinannya. Merayu keluar Islam kerana isterinya telah meninggal dunia pada 2007. Salina Jau bt Abdullah – berbangsa Kayan/Kenyah beragama kristian yang memeluk agama Islam atas urusan perkahwinannya. Merayu keluar Islam kerana telah bercerai dengan pasangan muslimnya pada 2010. Nur Muzdhalifah bt Abdullah atau Jenny P...