1,500 CCTV mula dipasang di PA, PPR:

 

KUALA LUMPUR, 17 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini sedang mengadakan pelbagai usaha mempertingkatkan keselamatan penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) termasuk memasang 1,500 unit kamera litar tertutup (CCTV) bernilai RM19.3 juta.

Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL, Wan Mohammad Ghazali Nor berkata, projek peringkat pertama ini melibatkan 48 PPR dan PA.

“Kesemua CCTV itu disewa daripada kontraktor terpilih dan kerja-kerja pemantauan dan penyelenggaraan juga dilaksanakan oleh kontraktor terbabit,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, dengan adanya sistem CCTV akan memudahkan kerja memantau keadaan di PPR dan PA terlibat dari semasa ke semasa.

“DBKL tidak akan teragak-agak untuk mengusir penduduk yang didapati melakukan kesalahan di kawasan itu,” katanya.

Wan Mohammad Ghazali berkata, DBKL juga akan mengguna pakai sistem ‘e-logger’, iaitu pemasangan cip pada lif yang akan memberi isyarat secara automatik dan segera kepada bilik kawalan DBKL sekiranya lif didapati mengalami masalah teknikal, tanpa perlu menunggu aduan penduduk.

Isu keselamatan terutama pecah rumah, curi motosikal dan kereta, dadah adalah antara masalah yang sering dibangkitkan oleh penduduk di PPR dan PA, dan dengan adanya usaha-usaha DBKL ini, isu-isu tersebut diharap dapat diatasi, katanya.
– Bernama

 

The post 1,500 CCTV mula dipasang di PA, PPR: appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian