ismakualaterengganu

Adakah bahasa Melayu sekadar dituturkan bangsa Melayu saja?

BANGI, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Walaupun, bahasa Melayu dimartabatkan sebagai bahasa rasmi negara, Perkara 152 dan 161 Perlembagaan ...

BANGI, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Walaupun, bahasa Melayu dimartabatkan sebagai bahasa rasmi negara, Perkara 152 dan 161 Perlembagaan Persekutuan menghormati kepelbagaian bahasa kaum lain yang membentuk demografi negara, dan dengan jelas tidak melarang atau meminggirkannya daripada terus diajarkan dan dipelajari.

Malangnya, pengecualian ini, disalahgunakan sehingga melangkaui peruntukan asal yang tidak membenarkan penggunaan bahasa lain dalam urusan rasmi negara, kata Pengamal undang-undang dan aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ), Fatihah Jamhari.

Oleh itu, katanya, penerimaan terhadap usaha untuk memperkasakan penggunaan bahasa-bahasa selain bahasa Melayu harus dikaji dan diselidik.

“Baru-baru ini, diumumkan pula keterbukaan usaha mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) jika UEC mampu menepati Dasar Pendidikan Negara. Keterbukaan ini seperti memperlekeh kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam negara ini.

“Dengan membenarkan penggunaan berleluasa bahasa selain bahasa kebangsaan dalam urusan-urusan rasmi negara, termasuklah sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah, ini telah menganiaya aspirasi perpaduan rakyat Malaysia,” katanya menulis dalam Utusan, hari ini.

Fatihah mempersoalkan adakah bahasa Melayu akan terus dianggap sebagai bahasa pertuturan kaum Melayu sahaja tanpa perlu diangkat oleh kaum lain?

Beliau juga berkata, kebanggaan memelihara bahasa ibunda bangsa lain tidak boleh dijadikan halangan dalam memastikan setiap rakyat Malaysia mampu untuk berinteraksi dalam satu bahasa kebangsaan.

“Sudah 60 tahun negara ini mengecapi nikmat kemerdekaan namun soalan yang acap kali diketengahkan masih sama. Sudahkah kita berjaya disatukan melalui bahasa kebangsaan yang membentuk perpaduan?

“Adakah bahasa Melayu akan terus dianggap sebagai bahasa pertuturan kaum Melayu sahaja tanpa perlu diangkat oleh kaum lain? Pemikiran sebegini adalah berbahaya kepada perpaduan negara dan harus dibasmi,” katanya.

The post Adakah bahasa Melayu sekadar dituturkan bangsa Melayu saja? appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 6069134325667837486

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item