Aktivis ajak kutuk Facebook

BAITULMAQDIS, 7 Jamadilakhir 1439H, Jumaat – Aktivis yang menyokong Palestin melancarkan kempen mengajak pengguna laman sosial menentang Facebook yang bertindak menyekat akaun yang menyokong hak rakyat Palestin.

Pengguna media sosial merentasi laman Twitter dan Facebook menggunakan hashtag #FBFightsPalestine untuk menarik perhatian kepada kempen itu.

Diselaraskan oleh Pusat Sosial Sada, kempen bermula petang Selasa lalu dengan harapan ia dapat mendidik orang ramai mengenai layanan terbaharu laman Facebook terhadap Palestin dan sejauh mana pelanggaran yang dilakukan.

Kumpulan aktivis itu berharap dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap Facebook menerusi beberapa institusi antarabangsa yang memfokuskan kepada kebebasan memberi pendapat dan menyatakan pendirian dalam media sosial.

“Facebook mengakui bahawa pada 2017 ia bertindak positif terhadap 90 peratus permintaan daripada rejim Israel untuk mengeluarkan halaman Palsetin, akaun atau bahan dari laman itu,” kata pengguna Twitter, Danny Wilde

Yang lain memutuskan untuk memprotes Facebook dengan kata ‘I don’t feel safe option’, bagi meningkatkan kesedaran pengguna lain. 

“Pentadbir Facebook berterusan mengabaikan hak rakyat Palestin sebagai pelanggan laman itu, yang turut menggalakkan laman lain seperti YouTube untuk turut sama memadam akaun,” kata WaelAboOmer menerusi Twitter.

Tahun lalu, Facebook dituduh melakukan 200 pelanggaran terhadap hak Palestin, termasuk menyekat dan menutup laman, akaun dan memadam gambar serta tulisan berkaitan Palestin. – Agensi

The post Aktivis ajak kutuk Facebook appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian