Arab Saudi mansuh peraturan paksa isteri balik rumah suami

RIYADH, 7 Jamadilakhir 1439H, Jumaat – Kementerian Kehakiman Arab Saudi memansuhkan undang-undang yang digelar ‘pematuhan rumah tangga’ yang memaksa isteri pulang ke rumah suami tanpa kerelaan.

Akhbar Arab Saudi, Okaz yang memetik sumber memberitahu bahawa pemansuhan itu bertujuan menjaga maruah wanita.

Keputusan terbaharu itu memberi dua peluang kepada wanita yang tidak mahu lagi meneruskan alam rumah tangga, sama ada bercerai atau dipisahkan secara sah oleh mahkamah.

Berikutan itu, semua kes di bawah undang-undang lama, kini batal dan tidak sah.

Arab Saudi menyaksikan banyak perubahan terhadap hak wanita sejak beberapa bulan lalu, termasuk dibenar memandu dan menonton perlawanan bola sepak di stadium.

Terbaharu, mereka dibenar membuka perniagaan tanpa perlu mendapat kebenaran penjaga lelaki. – Agensi

The post Arab Saudi mansuh peraturan paksa isteri balik rumah suami appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian