Askar rejim pengganas Israel bunuh seorang lagi pemuda Palestin

GAZA, 21 Jamadilawal 1439H, Rabu – Seorang lagi pemuda dibunuh ketika sekumpulan rakyat Palestin melepaskan geram terhadap askar rejim pengganas Israel di Nablus, Tebing Barat, semalam.

Khaled Walid Tayeh, 22, dari Iraq al-Tayeh berdekatan Nablus, meninggal dunia di Hospital al-Najah, selepas cedera ditembak di dada, lapor agensi berita Palestin, Wafa.

Sekurang-kurangnya 40 lagi penunjuk perasaan yang bertempur dengan askar rejim Zionis, turut cedera.

Tunjuk perasaan dan pertempuran tercetus selepas askar rejim pengganas Israel menembak mati seorang pemuda yang dikehendaki, selain melakukan beberapa tangkapan di Nablus.

Wafa melaporkan, enam rakyat Palestin yang cedera berada dalam keadaan kritikal, termasuk seorang lelaki yang dirempuh oleh jip askar, dan seorang lagi yang ditembak di paha.

Askar rejim Israel menyerbu beberapa kawasan di Nablus dalam usaha mencari lelaki yang disyaki menikam mati seorang warga Israel di utara Tebing Barat, Isnin lalu.

Terdahulu, askar rejim pengganas Israel menembak mati Ahmad Nasser Jarrar, – yang disifatkan oleh sayap bersenjata Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Brigade al-Qassam, sebagai ‘ketua unit al-Qassam yang melakukan serangan berani di Nablus beberapa minggu lalu’.

Selepas memburunya hampir sebulan lalu, Ahmad Jarrar yang berusia dalam lingkungan 20-an, ditembak mati di al-Yamoun, di Jenin, bandar di utara wilayah Tebing Barat yang diceroboh, semalam. – Agensi

The post Askar rejim pengganas Israel bunuh seorang lagi pemuda Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian