Banjir: 23 sekolah di Sarawak ditutup

BANGI, 20 Jamadilawal 1439H, Selasa – 3,865 murid di Sarawak tidak dapat bersekolah hari ini selepas beberapa daerah di negeri itu terjejas teruk akibat banjir.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), jumlah sekolah ditutup meningkat kepada 23 buah hari ini berbanding 16 semalam.

Lima sekolah di Dalat ditutup hari ini ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Klid/Plajau, SK St John Kg Medong, SJK(C) Chin Hua, SMK Dalat dan SK St Benard.


Sementara di Mukah, SK Kpg Jebungan, SK Kuala Kenyana, SK Kampung Sau, SK Kampung Teh, SJK(C) Ek Hua dan SK Penakup Ulu.

Penutupan turut melibatkan SK Ng Selangau, SK St Dunstan, SK St Swithun, SK Pangkalan Sorah, SK Sumpas, SK St Teresa Serian, SK Sg Siong Tengah, SJK Chung Hua Semera, SK Kg Melayu, SK St John (M), SK Tanah Puteh dan SK Ulu Segan.

Enam sekolah dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu SK Hj Bujang Rangawan, SK Mang, SK Haji Kelali Semera, SK Samarahan Estate, SK SK Parish, Balingian dan SK SK Tanah Putih.

Setakat pagi ini, jumlah mangsa banjir di 20 pusat pemindahan meningkat kepada 830 keluarga iaitu 3,103 orang berbanding 2,320 orang semalam.

 

The post Banjir: 23 sekolah di Sarawak ditutup appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian