ismakualaterengganu

Banjir: Empat sekolah di Sarawak ditutup hari ini

BANGI, 16 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Keadaan banjir hari ini memaksa empat buah sekolah di daerah Baram, Limbang dan Dalat, Sarawak ditutu...

BANGI, 16 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Keadaan banjir hari ini memaksa empat buah sekolah di daerah Baram, Limbang dan Dalat, Sarawak ditutup.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata, penutupan empat sekolah berkenaan menjejaskan 255 murid dan 47 gurunya.

Ia membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Long Lenei, SK Penghulu Baya Mallang di Baram; SK Tanjong, Limbang dan SK Klid/Plajau di Dalat.

Penutupan tersebut dibuat susulan jalan masuk ke sekolah terputus hubungan dan ditenggelami air sedalam 5 kaki, yang dianggap merbahaya kepada pelajar dan guru.

Menurut kenyataan itu, tiada sekolah di daerah berkenaan dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

The post Banjir: Empat sekolah di Sarawak ditutup hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 6365705471389859641

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item