ismakualaterengganu

Banyak tanah untuk bina SJK Tamil: MB Negeri Sembilan

REMBAU, 11 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan banyak kawasan tanah untuk dibangunkan Sekolah Jenis Keb...

REMBAU, 11 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan banyak kawasan tanah untuk dibangunkan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, ini kerana kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) amat memahami kehendak dan denyut nadi masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

Katanya, antara tanah yang diluluskan kerajaan negeri selama ini bagi pembinaan SJKT ialah di Ladang Bahau 2.024 hektar ; Kuala Pilah, Simpang Pertang di Jelebu, Batang Benar, Nilai serta Bandar Sri Sendayan, masing-masing 2.428 hektar.

Bagi kuil, Mohamad berkata, semua masalah telah diselesaikan dengan kerajaan negeri mengambil inisiatif mewartakan tanah berkenaan untuk pembinaan kuil.

“Di Negeri Sembilan, saya dah selesai dan rizabkan… sekali diwartakan tiada siapa boleh sentuh lagi,” katanya dalam ucapan pada majlis perasmian SJKT Bandar Sri Sendayan di sini, hari ini.

SJKT Bandar Sri Sendayan dirasmikan Perdana Menterim Datuk Seri Najib Razak yang turut mengumumkan pertukaran nama sekolah berkenaan yang sebelum ini dikenali sebagai SJKT Ladang Bukit Bertam. – Bernama

The post Banyak tanah untuk bina SJK Tamil: MB Negeri Sembilan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 978246642240369686

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item