Bengkel Fotografi Intensif Melatih Jurugambar PIKSMA melihat Dunia dari Perspektif Berbeza

GOMBAK – 11 Februari 2018 – Kehadiran jurulatih-jurulatih Unit Fotografi ISMA dan tetamu jemputan iaitu Zainal Abdul Halim, bekas jurugambar Reuters, telah memberi inspirasi kepada para peserta supaya melihat dunia dari perspektif yang berbeza.

“Teknik mengambil gambar yang terbaik adalah memberikan sepenuh jiwa dan raga kita dalam menterjemahkan sesuatu cerita kepada sekeping gambar,” kata Zainal Abdul Halim dalam sesinya yang diadakan pada hari kedua. Zainal Abdul Halim, merupakan bekas jurugambar Reuters, iaitu salah satu agensi berita bertaraf antarabangsa. Beliau telah berkhidmat bersama agensi berita tersebut lebih dari 10 tahun di mana beliau telah berkongsi pengalaman dan penceritaan di sebalik gambar-gambar yang diambilnya ketika berkhidmat di negara luar seperti Arab Saudi, Afghanistan dan Australia.

Objektif bengkel ini dianjurkan adalah untuk melatih jurugambar PIKSMA pada masa yang sama memberi peluang kepada jurulatih unit fotografi ISMA berkongsi pengalaman, ilmu teknikal fotografi dan teknik-teknik penyuntingan gambar menggunakan Adobe Photoshop Lightroom. Selain ceramah dan sesi diskusi, bengkel kali ini juga memberi peluang kepada peserta untuk menjalankan praktikal fotografi jalanan di sekitar Gombak dan Kuala lumpur.

Seramai 36 orang peserta yang hadir dan bengkel anjuran Biro Komunikasi dan Multimedia ISMA (BKOM) dan PIKSMA ini menonjolkan jurulatih-jurulatih fotografi ISMA yang lain seperti Dr. Nor Azlan, Ikram Badarudin, Al-Amin Asri dan Norzafry Halim.  Bengkel selama dua hari ini telah diadakan pada 10 dan 11 Februari yang bertempat di Pusat Komuniti ISMA Gombak.

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian