Dalam masjid pun ramai ketagih media sosial: Khutbah Jais

BANGI, 16 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Khutbah Jumaat hari ini mengingatkan umat Islam untuk berwaspada dan tidak berlebih-lebihan ketika menggunakan media sosial.

Menurut teks khutbah yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), kemudahan media sosial ketika ini telah bertukar wajah membentuk satu gejala yang sangat membimbangkan.

“Sebahagian umat Islam banyak menghabiskan masa melayari media sosial berbanding membaca ayat suci al-Quran, atau membaca bahan-bahan berunsurkan kerohanian, keagamaan yang boleh membentuk akhlak yang baik.

“Sebaliknya, semakin ramai yang ketagih melayari media sosial tidak kira masa dan tempat termasuk di dalam masjid dan ketika khatib berkhutbah Jumaat.

“Melayari media sosial sehingga tidak menumpukan perhatian kepada khutbah yang sedang disampaikan, akan menyebabkan sia-sia, malahh merosakkan pahala mendengar khutbah serta mengurangkan pahala solat Jumaatnya,” kata khtatib.

Bukan itu sahaja, khutbah juga menegaskan dengan media sosial semua berita dan cerita boleh diolah tanpa kawalan.

“Tidak takutkah amalan kebaikan kita hilang begitu sahaja akibat tersalah berkongsi perkara tidak baik dan tidak tepat sehingga menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan dikalangan umat Islam.

“Antaranya menyebarkan sesuatu hukum yang disebut oleh para ulama sedangkan hakikatnya tidak benar. Atau menyebarkan sesuatu fatwa sedangkan ianya tidak pernah difatwakan,” kata khutbah itu lagi.

Khutbah berpendapat, tindakan ini perlu diubah dan diperbaiki supaya iman yang dibina bertahun-tahun lamanya tidak mudah robek hanya dengan fitnah media sosial.

“Jadikanlah media sosial sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah, memperkukuhkan persaudaraan, menyuburkan perpaduan, menyebarkan ilmu pengetahuan, yang seterusnya akan menambahkan kebaikan dan memperoleh rahmat,” katanya.

The post Dalam masjid pun ramai ketagih media sosial: Khutbah Jais appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian