Datuk ditahan kes tipu projek rumah mampu milik 1Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 Jamadilawal 1439H, Ahad – Polis menahan seorang lelaki bergelar datuk dan sedang mengesan seorang lagi individu berhubung kes penipuan Projek Perumahan Mampu Milik 1Malaysia membabitkan kerugian bernilai RM9.3 juta yang ditawarkan sebuah koperasi pembangunan hartanah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP, Mohamad Azlin Sadari berkata, suspek ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya pada kira-kira pukul 3 petang, Khamis lepas.

“Kita menerima satu aduan mangsa yang merupakan seorang pengarah syarikat yang telah membuat bayaran bon prestasi bagi mendapatkan tawaran kerja bagi projek tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa menarik diri daripada projek itu setelah dimaklumkan suspek telah keluar dari koperasi itu dan hampir setahun gagal berhubung dengan wakil koperasi berkenaan.

Katanya, mangsa meminta pemulangan wang semula namun difahamkan sehingga kini mangsa masih belum menerima wang terbabit.

Mohamad Azlin berkata, sebanyak 11 kertas siasatan dibuka ke atas kedua-dua suspek berkenaan berkaitan kes di Subang Jaya dan Petaling Jaya di Selangor serta Dang Wangi di ibu negara.

Beliau berkata, suspek direman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – Bernama

The post Datuk ditahan kes tipu projek rumah mampu milik 1Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian