Farid Kamil tuduh tiga rakan letak dadah dalam minuman

 

PETALING JAYA, 17 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil mendakwa punca berlaku pergaduhan di balai polis bulan lepas kerana rakan-rakannya meletakkan dadah di dalam minumannya.

Dalam laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada 31 Januari lalu, pelakon berusia 36 tahun itu menuduh tiga rakan senimannya melakukan sedemikian sehingga menyebabkan dia tidak terkawal ketika berada di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Farid mendakwa rakannya yang terlibat adalah pelakon, pengarah dan penyanyi R&B yang terkenal pada tahun 1990an.

Bagaimanapun, nama-nama individu berkenaan tidak didedahkan atas alasan undang-undang, lapor portal tempatan.

Selain itu, Farid juga mendakwa ditawarkan rokok yang dicampur dengan minyak yang tidak diketahui oleh tiga rakan berkenaan, sehingga menyebabkan dia mabuk.

Pelakon itu turut mendakwa dia cedera dalam tahanan polis.

Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner, Fadzil Ahmat mengesahkan Farid membuat laporan itu pada hari Rabu.

“Dia menulis tentang banyak perkara dalam laporan itu dan kami sedang menyiasatnya,” kata Fadzil.

Pada 11 Januari lalu, Farid ditangkap kerana didakwa menyerang seorang anggota polis dan seorang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Pada 16 Januari, dia didakwa di Mahkamah Majistret dengan dua pertuduhan menyebabkan kecederaan, melakukan kelakuan tidak senonoh dan menghalang seorang penjawat awam daripada menjalankan tugasnya.

Mahkamah membenarkannya dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan.

Pada 25 Januari, dia sekali lagi dituduh di Mahkamah Majistret dengan menggunakan ganja, dan dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM4,000.

The post Farid Kamil tuduh tiga rakan letak dadah dalam minuman appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?