Hadi Awang kata haram umat Islam jadi ahli, penyokong parti konsep Malaysian Malaysia

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 9 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Umat Islam diharamkan dengan keras daripada menjadi ahli, penyokong atau alat kepada sebuah parti yang ternyata menentang dan menyekat perkembangan Islam di Malaysia.

Tanpa menamakan parti terbabit – namun dipercayai merujuk kepada parti rasis dan cauvinis DAP – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, memetik ayat 138 hingga 140 surah An-Nisa berkenaan golongan munafik yang mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang beriman.

“Rakyat bukan Islam hendaklah menolak parti itu demi keselamatan semua. Adapun umat Islam diharamkan dengan sekeras-kerasnya sama ada menjadi ahli, penyokongnya atau alatnya, termasuk menjadikannya rakan setia untuk perjuangan partinya apabila nyata sikapnya terhadap Islam, sehingga Allah memberi amaran yang keras dan menjadikannya sebahagian daripada sifat munafik,” katanya.

Beliau berkata, tercetusnya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah kerana adanya parti yang berlumba-lumba menjadi juara fanatik perkauman sehingga mencetuskan ketegangan.

“Kini ada parti yang ingin meneruskan lagi cara lama yang usang dan tidak patut diulang lagi. Mereka bertahan dengan pengundi bukan Islam tanpa menghormati sensitiviti umat Islam, cuba menghidupkan ketegangan agama dan kaum, namun tanpa berpegang kepada apa-apa agama, tetapi menjadikan Islam adalah sasarannya.

“Caranya tidak konsisten, sama ada ia beragama, berkaum atau tidak atau pragmatik oportunis. Tindakan parti itu paling lantang dan ke hadapan menentang PAS dalam segala usahanya bagi melaksanakan Islam, walaupun dalam perkara yang tidak ada kaitan dengan penganut bukan Islam,” katanya.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, parti terbabit berani meminta diisytiharkan Malaysia sebuah negara sekular, mencabar ajaran Islam, mencabar Perlembagaan Persekutuan dalam hal ehwal Islam, raja-raja dan hak istimewa Bumiputera.

“Pendekatannya memperjuangkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ ke arah melarutkan kaum dan bangsa serta bahasanya yang sudah menjadi tabii manusia. Cara politik parti itu boleh juga disebut sebagai konsep luar tabii yang mahu memaksa keadaan yang ada selama ini.

“Penentangan terbuka terhadap RUU 355 juga adalah langkah yang nyata tidak menghormati hak penganut Islam yang berpegang teguh dengan ajaran agamanya. Parti itu ingin menjadi juara memaksa kalangan bukan Islam supaya bersamanya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengingatkan bahawa umat Islam tidak sepatutnya dipermainkan sehingga sekadar dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan, sedangkan umatnya tidak berhak beramal dengan seluruh ajaran Islam.

The post Hadi Awang kata haram umat Islam jadi ahli, penyokong parti konsep Malaysian Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian