ismakualaterengganu

Haramkan gula-gula getah elektrik

GEORGETOWN, 24 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengharamkan alat permainan kejutan elek...

GEORGETOWN, 24 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengharamkan alat permainan kejutan elektrik berbentuk gula-gula getah di pasaran.

Presidennya, S.M Mohamed Idris mendakwa, alat permainan berkenaan mampu memberi kesan pada sistem saraf manusia, khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas.

“Bentuknya seakan-akan satu jenama gula-gula getah yang berada di pasaran dan lengkap de­ngan maklumat kandungan serta ramuannya.

“Kita mendapati, apabila seseorang itu menarik satu kepingan gula-gula getah, ia akan mencetuskan suis yang menghantar cas elektrik melalui tangan seseorang sehingga berlakunya kejutan elektrik,” katanya kepada pemberita, semalam.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengadu iaitu waris kepada seorang murid di sebuah sekolah di Bayan Baru mengenai produk mainan yang dibeli anak lelakinya itu, minggu lalu.

Katanya, berdasarkan tinjauan dijalankan mendapati, alat yang menggunakan kuasa bateri itu dijual pada harga RM6 di beberapa kedai runcit sekitar kawasan Bayan Baru, premis cenderamata dan gerai yang beroperasi di tepi jalan Persiaran Gurney, di sini.

Malah pihaknya juga mendapati alat permainan yang diimport dari luar negara itu, tidak mempunyai logo MC iaitu pematuhan standard daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), yang diwajibkan bagi setiap produk permainan sebelum ia boleh dipasarkan kepada pembeli.

“Alat permainan seperti itu telah diharamkan di beberapa daerah di Amerika Syarikat kerana ia memberi kesan terutama kepada kerosakan saraf tangan.

“Jadi CAP mengesa kerajaan kita turut mengharamkannya berikutan kesannya lebih teruk jika seseorang mangsa itu turut mempunyai masalah kesihatan,” katanya.

The post Haramkan gula-gula getah elektrik appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 2864210467240986880

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item