ismakualaterengganu

Henti buat spekulasi kes Muhammad Riduan, M. Indira Gandhi

HULU SELANGOR, 19 Jamadilawal 1439H, Isnin – Orang ramai diminta berhenti membuat spekulasi berhubung kes Muhammad Riduan Abdullah yang dil...

HULU SELANGOR, 19 Jamadilawal 1439H, Isnin – Orang ramai diminta berhenti membuat spekulasi berhubung kes Muhammad Riduan Abdullah yang dilaporkan gagal menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada bekas isteri M. Indira Gandhi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata semua elemen dalam pasukan polis telah dikerah untuk mengesan Muhammad Riduan.

“Perkara ini sensitif, andaian yang bukan-bukan boleh jejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Op Selamat ke-12 bersempena Tahun Baharu Cina 2018 dan Unit Siasatan Lebuh raya (USLR) Zon Tengah di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ulu Bernam, di sini hari ini.

Mohamad Fuzi sebelum ini dalam satu kenyataan berkata, usaha mengesan Muhammad Riduan yang sebelum ini dikenali sebagai K. Pathmanathan, masih diteruskan sejak 2014 berdasarkan waran untuk pengkomitan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 30 Mei 2014.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kenyataan Indira Gandhi bahawa polis tidak lagi mempunyai alasan untuk tidak mencari dan menahan bekas suaminya yang didakwa gagal menyerahkan anak perempuan mereka kepadanya.

Pada 29 Januari lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pasangan yang memeluk Islam dan pasangannya yang bukan Islam mesti memberi persetujuan bagi penukaran agama anak bawah umur kepada Islam.

Ketiga-tiga anak mereka iaitu dua perempuan dan seorang lelaki kini berusia 20, 19, dan sembilan tahun. Muhammad Riduan, 47, telah menukar agama anak-anak mereka kepada Islam pada April 2009 tanpa persetujuan Indira Gandhi selepas dia memeluk Islam.

Pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Ketua Polis Negara menangkap Muhammad Riduan kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi supaya menyerahkan anak perempuan bongsunya Prasana Diksa kepada bekas isterinya.

Pada 2010, Mahkamah Tinggi Ipoh memberi Indira Gandhi hak penjagaan sepenuhnya terhadap ketiga-tiga anaknya dan memerintahkan Muhammad Ridhuan menyerahkan Prasana Diksa kepada ibunya.

Dalam perkembangan lain, Mohamad Fuzi berkata pihaknya sedang berkerjasama dengan semua agensi berkaitan dalam usaha mengekang kegiatan memuat naik dan memuat turun gambar dan visual pornografi kanak-kanak di negara ini.- Bernama

The post Henti buat spekulasi kes Muhammad Riduan, M. Indira Gandhi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 2851356241080428639

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item