Ingatkan babi rupanya kambing

SEEKOR kambing jantan naik minyak yang disangkakan babi, menyerang seorang wanita di Kampung Getam, Kuala Pilah, petang semalam.
Wanita dikenali sebagai Mysha ketika itu meletakkan kereta di hadapan rumahnya. Ketika mengambil barang di tempat duduk penumpang bahagian depan, dia terdengar bunyi haiwan datang dari arah belakang.
Sekilas pandang dia menyangkakan babi hutan dan masuk semula ke dalam keretanya, sebelum keluar melalui pintu satu lagi.
Selepas disiasat dia mendapati kepala kambing itu tersangkut pada stereng keretanya, sebelum meminta bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). – Gambar Facebook
The post Ingatkan babi rupanya kambing appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan