ismakualaterengganu

JDT II terikat 2-2 berdepan UiTM FC pada saingan Liga Premier

  JOHOR BAHRU, 22 Jamadilawal 1439H, Khamis – Johor Darul Ta’zim (JDT) II gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila se...

 

JOHOR BAHRU, 22 Jamadilawal 1439H, Khamis – Johor Darul Ta’zim (JDT) II gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri 2-2 menentang UiTM FC dalam saingan Liga Premier di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, malam tadi.

JDT II terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi sepakan percuma Mohd Hasbullah Abu Bakar yang bijak ditanduk Muhammad Syafik menewaskan penjaga gol UiTM FC pada minit ke-14, selepas berjaya melepasi perangkap ofsaid.

Pelawat terus menderita pada minit ke-30 selepas tuan rumah mencipta gol kedua hasil hantaran cantik Nicolas Fernandez di celah pemain pertahanan UiTM FC yang membuka ruang buat Daren Lok melakukan rembatan bola leret.

Kesilapan Aidil Zafuan yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya hampir memberikan peluang kepada pasukan pelawat merapatkan jurang gol pada minit ke 37.

Bagaimanapun, pada babak kedua benteng pertahanan tuan rumah dibolosi pada minit ke-69 hasil jaringan Nur Arif Kamaruddin dan jaringan penyamaan Lucas Ramon Pugh pada minit akhir permainan. – Bernama

 

The post JDT II terikat 2-2 berdepan UiTM FC pada saingan Liga Premier appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 6912959236290189834

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item