Jurugambar PIKSMA disaran Supaya Mempunyai Misi yang Tersendiri

GOMBAK, 11 Februari 2018 – “Kita haruslah menjadi jurugambar yang mempunyai misi yang tersendiri untuk mengetengahkan agenda dakwah dan Islam dalam masyarakat,” kata jurulatih Unit Fotografi MediaISMA, Ikram Badarudin dalam slot Bengkel Fotografi Intensif anjuran Biro Komunikasi dan Multimedia ISMA (BKOM) dan PIKSMA, semalam.

“Kamera yang dimiliki haruslah menjadi alat menyebarkan dakwah kita kepada masyarakat keseluruhannya kerana ianya adalah senjata yang paling memberi impak selain penulisan,”ujarnya lagi. Beliau juga merupakan salah seorang jurulatih Unit Fotografi ISMA yang sudah berkecimpung dalam bidang itu hampir 10 tahun.

Objektif bengkel ini dianjurkan adalah untuk melatih jurugambar PIKSMA pada masa yang sama memberi peluang kepada jurulatih unit fotografi ISMA berkongsi pengalaman, ilmu teknikal fotografi dan teknik-teknik penyuntingan gambar menggunakan Adobe Photoshop Lightroom. Selain ceramah dan sesi diskusi, bengkel kali ini juga memberi peluang kepada peserta untuk menjalankan praktikal fotografi jalanan di sekitar Gombak dan Kuala lumpur.

Seramai 36 orang peserta yang hadir dan bengkel ini menonjolkan jurulatih-jurulatih fotografi ISMA yang lain seperti Dr. Nor Azlan, Al-Amin Asri dan Norzafry Halim. Bengkel kali ini juga telah menjemput Zainal Abdul Halim, bekas jurugambar Reuters yang telah berkhidmat bersama agensi berita tersebut lebih dari 10 tahun untuk mengadakan satu sesi bengkel dan perkongsian pengalaman bersama peserta. Bengkel selama dua hari ini telah diadakan pada 10 dan 11 Februari yang bertempat di Pusat Komuniti ISMA Gombak.

 

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian