Kerajaan Myanmar rata tapak kubur besar Rohingya

RAKHINE, 4 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Kerajaan Myanmar meratakan tapak kubur besar dipercayai mengandungi mayat etnik minoriti Islam Rohingya, dalam usaha menghapuskan bukti pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan rejim itu.

Menurut kumpulan pemantau hak asasi manusia, tindakan itu dijalankan selepas beberapa agensi berita antarabangsa mendedahkan berkenaan tapak perkuburan berkenaan.

Pengarah Projek Arakan, Chris Lewa berkata, aktiviti meratakan tapak itu sebahagian daripada usaha menyembunyikan bukti kewujudan kubur berkenaan selepas ia didedahkan media.

“Dua tapak perkuburan besar yang diketahui dan didedahkan di media, namun salah satunya telah diratakan pada Khamis lepas.Ini bermakna bukti pembunuhan Rohingya cuba untuk dimusnahkan.

“Kita percaya ia adalah daripada kerajaan Myanmar bukan Rakhine. Sudah jelas ia dilakukan menerusi arahan kerajaan,” katanya.

Sebelum ini , dilaporkan lokasi kubur besar dijumpai di Maung Nu, dekat Buthidaung di utara negeri Rakhine – di mana lokasi pembunuhan beramai-ramai dilakukan pada Ogos tahun lalu.

Ramai penduduk dilaporkan terbunuh, malah imej satelit yang diperoleh Human Rights Watch (HRW) juga menunjukkan Maung Nu dibakar selepas serangan itu.

Menurut laporan AFP menerusi rakaman foto udara memperlihatkan beberapa kampung Rohingya yang dibakar tahun lalu telah diratakan.

“Jentolak itu bukan hanya memusnahkan sebahagian daripada kampung yang dibakar, malah turut melibatkan rumah-rumah Rohingya yang masih utuh,” lapor AFP

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan jurucakap kerajaan Myanmar, Zaw Htay yang mendakwa tindakan itu hanya sekadar pembersihan kawasan, dan untuk membina semula perkampungan baharu.

“Kerajaan tempatan membersihkan kawasan itu, Tiada penduduk di sana. Tiada perumahan, hanya tanah kosong.

“Kita perlu membina kampung-kampung baru di sana,” katanya.- Agensi

The post Kerajaan Myanmar rata tapak kubur besar Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian