ismakualaterengganu

Levi, tol Linkedua turun berkuat kuasa Selasa

BANGI, 24 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Levi kenderaan komersial di Linkedua dikurangkan kepada RM50 bagi kedua-dua laluan keluar dan masuk ...

BANGI, 24 Jamadilawal 1439H, Sabtu – Levi kenderaan komersial di Linkedua dikurangkan kepada RM50 bagi kedua-dua laluan keluar dan masuk ke Malaysia mulai 13 Februari, berbanding kadar antara RM100 hingga RM200 ketika ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata, caj tol di luar waktu puncak bagi Linkedua iaitu antara 10 pagi hingga 3 petang dan jam 11 malam hingga 5 pagi untuk semua kenderaan kecuali motosikal juga dikurangkan antara 47 peratus hingga 82 peratus mengikut kelas kenderaan.

Langkah itu akan memainkan peranan penting terutamanya dalam membantu rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura mengelak kesesakan di Tambak Johor.

“Ada rakyat Malaysia yang terpaksa bangun 2.30 pagi hingga 3 pagi bagi mengelak kesesakan di Tambak Johor dan langkah ini akan membantu mereka,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, sekitar 50 peratus daripada pelancong luar negara yang datang ke Malaysia mengikuti laluan dari Singapura, justeru langkah ini akan meningkat kedatangan pelancong.

“Dengan kurangnya kesesakan ini pelancong boleh datang ke Johor untuk melancong dengan lebih mudah, mungkin ke Desaru kemudian kembali ke Singapura. Maka dengan peningkatan kedatangan pelancong ini akan mendatangkan limpahan ekonomi kepada rakyat di Johor,” katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata, kerajaan Singapura telah bersetuju supaya Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) meningkatkan kekerapan perkhidmatan tren shuttle dari 26 perjalanan kepada 31 perjalanan setiap hari.

Beliau berkata, ini akan membolehkan KTMB membawa 1,500 penumpang tambahan menyeberangi Tambak Johor. – Bernama

The post Levi, tol Linkedua turun berkuat kuasa Selasa appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 4850329160818474251

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item