ismakualaterengganu

Lima mayat ditemukan terapung di Kuala Ketil

BALING, 2 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Lima mayat ditemukan secara berasingan hari ini, dipercayai lemas di sungai berdekatan Kampung Padang...

BALING, 2 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Lima mayat ditemukan secara berasingan hari ini, dipercayai lemas di sungai berdekatan Kampung Padang Bukit Taman Permai, Kuala Ketil, di sini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.06 pagi tadi, dan bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, mayat tiga lelaki ditemukan terapung di sungai berkenaan pagi tadi, sebelum dimaklumkan berkenaan dua lagi mangsa lain.

“Maklumat awal kita mendapat panggilan kecemasan daripada orang ramai yang menemukan tiga mayat terapung di dalam sungai berkenaan.

“Namun kerja-kerja mencari mangsa seterusnya dilakukan setelah mendapat maklumat dari orang ramai bahawa masih ada lagi mangsa terlibat sebelum dua lagi mayat lelaki ditemukan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superitenden Sharifuddin Yusuf tidak menolak kemungkinan lima mayat lelaki berkenaan dipercayai pemain judi laga ayam yang melarikan diri ketika serbuan, kelmarin.

Sharifuddin berkata, mayat mangsa ditemukan tidak jauh daripada lokasi sabung ayam di Kampung Tanah Licin Merbau Pulas, Kuala Ketil.

“Mayat ditemukan tidak jauh daripada lokasi judi sabung ayam tersebut. Kemungkinan mereka melarikan diri ketika operasi itu dijalankan sebelum dipercayai terjatuh dalam sungai itu,” katanya.

Beliau berkata, usaha mengesan mangsa masih dijalankan dan empat daripada lima mayat lelaki berusia 40 hingga 50 tahun itu sudah dikenal pasti keluarga masing-masing.

Katanya, kesemua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

The post Lima mayat ditemukan terapung di Kuala Ketil appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 4354180952952313144

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item