Mahkamah Persekutuan perintah kes murtad dibawa kepada Mahkamah Syariah

KUCHING, 11 Jamadilakhir 1439H, Selasa – Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan empat individu yang mahu murtad membawa kes mereka ke Mahkamah Syariah.

Keputusan itu sekali gus menolak rayuan individu terbabit yang menyentuh persoalan sama ada Mahkamah Syariah Sarawak mempunyai bidang kuasa berhubung kes murtad, ekoran tiada peruntukan sedemikian mengikut Ordinan Mahkamah Syariah 2001.

Panel lima hakim juga sebulat suara memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes murtad, sebaliknya hanya Mahkamah Syariah sahaja yang boleh berbuat demikian.

Berikutan itu, empat individu terbabit mesti mengemukakan permohonanmurtad mereka untuk didengar Mahkamah Syariah. Emoat individu terbabit tiada dalam mahkamah ketika keputusan dibacakan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

The post Mahkamah Persekutuan perintah kes murtad dibawa kepada Mahkamah Syariah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian