Malaysia bakal dilimpahi ekspatriat China: Juwai.com

 

 

KUALA LUMPUR, 15 Jamadilawal 1439H, Khamis – Ramai ekspatriat dari China bercadang menjadikan Malaysia sebagai destinasi persaraan mereka.

Laman web hartanah terbesar China, Juwai.com, dalam laporannya menyebut, Kuala Lumpur, Johor dan Melaka adalah antara lokasi yang paling dicari oleh pelabur Negara Tembok Besar itu.

Seorang penjual hartanah, Nick Ho, berkata, kebanyakan pelanggannya amat berminat dengan projek Forest City dan Country Gardens di Johor kerana banyak dipromosikan di China.

Katanya, sesetengah pihak juga merasakan Malaysia sebagai tempat selamat jika keadaan di negara mereka semakin buruk.

Sementara itu, South China Morning Post melaporkan, lebih 1,000 warga China telah mendaftar pada tahun 2016 untuk program Malaysia My Second Home (MM2H), yang memberikan visa persaraan 10 tahun kepada pemohon dengan pendapatan minimum RM10,000 sebulan.

Pemilik Borneo Vision, sebuah syarikat yang memberi nasihat dan membantu warga asing dengan perkhidmatan MM2H, Andy Davison berkata, kebanyakan pemohon China berminat dalam program itu selepas China banyak melabur dalam projek pembangunan utama di Malaysia.

Mereka, kata Andy, ditarik oleh peluang pelaburan di Malaysia, terutama dalam sektor hartanah.

“Ramai (warga China) telah memohon visa, tetapi mereka tidak pernah berpindah ke sini. Dan kemudian beberapa pemaju hartanah Malaysia telah pergi ke China dan menawarkan untuk mengatur visa bagi mereka jika mereka membeli hartanah. Oleh itu banyak dikaitkan dengan pelaburan hartanah,” kata Andy.

Nick Ho juga berkata, ringgit yang lebih rendah juga boleh dianggap sebagai faktor untuk senario ini.

“Banyak daripada mereka (China) sebenarnya membeli unit (hartanah) secara tunai,” katanya.

The post Malaysia bakal dilimpahi ekspatriat China: Juwai.com appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian