ismakualaterengganu

Muhyiddin yakin PH mampu rampas Johor daripada BN

KLUANG, 9 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Gabungan pembangkang, Pakatan Harapan yakin akan menang kebanyakan kerusi di Johor, sekaligus merampa...

KLUANG, 9 Jamadilakhir 1439H, Ahad – Gabungan pembangkang, Pakatan Harapan yakin akan menang kebanyakan kerusi di Johor, sekaligus merampas pemerintahan negeri itu daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Pengerusi Pakatan Harapan Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keyakinan itu tidak hanya dilihat kepada berlakunya tsunami Melayu, malah juga sokongan daripada rakyat di kawasan Felda.

Beliau berkata, sokongan pengundi di Johor sudah hilang sehingga pembangkang dengan mudah masuk ke kawasan Felda yang merupakan kubu kuat UMNO.

“Johor tidak seperti dahulu, jika dahulu negeri ini kubu kuat kepada UMNO. Tetapi, kini sudah kelabu.

“Rakyat sudah dapat menerima Harapan disebabkan mereka marah dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta BN,” katanya dalam ceramah pada program Luaskan Harapan Kluang, malam tadi.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, beliau yakin gabungan pembangkang akan berjaya merampas pemerintahan di Johor, kerana mendakwa negeri itu tidak lagi seperti dahulu.

Katanya, Pakatan Harapan hanya memerlukan sekurang-kurangnya 29 daripada 56 kerusi negeri itu untuk memerintah dan menawan Johor daripada BN.

“Pada masa ini kita sudah sudah ada 16 kerusi yang mana 13 DAP, PKR (1), Amanah (1) dan Bersatu (1). Kita perlu tambah 13 kerusi lagi untuk menang di Johor.

“Harapan akan menang khususnya di enam kerusi yang pernah dimenangi dalam PRU lalu antaranya di Parlimen Pagoh, Muar, Johor Bahru, Kluang dan Pasir Gudang,” katanya

The post Muhyiddin yakin PH mampu rampas Johor daripada BN appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 8314348519901545104

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item