Nelayan Palestin ditembak mati

GAZA, 10 Jamadilakhir 1439H, Isnin – Seorang nelayan Palestin ditembak mati oleh tentera laut rejim pengganas Israel, manakala dua yang lain cedera, ketika mereka dalam perjalanan pulang ke pelabuhan Gaza, selepas menangkap ikan, semalam.

Ismael Abu Riyaleh, 18 tahun terbunuh, manakala Ahed Abu Ali dan Mahmoud Abu Riyaleh cedera dan ditangkap rejim Zionis, kata jurucakap Kesatuan Nelayan Palestin, Nizar Ayyash.

Pusat Hak Asasi Manusia Palestin berkata, semua serangan rejim pengganas Israel ke atas nelayan Palestin berlaku dalam lingkungan enam batu nautika dari pantai.

Jurucakap Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) pula berkata, pembunuhan nelayan Palestin oleh askar rejim pengganas Israel adalah jenayah kejam.

Mengutuk kejadian itu, Abdulatif al-Qanoo berkata, pembunuhan nelayan berkenaan adalah satu lagi jenayah terhadap penduduk Palestin yang berada dalam kepungan rejim pengganas Israel sejak 11 tahun lalu.

Di bawah Perjanjian Oslo, rakyat Palestin dibenar menangkap ikat dalam lingkungan 20 batu nautika dari pantai Gaza, tetapi sejak beberapa tahun lalu, rejim pengganas Israel menetapkan zon baru iaitu tidak lebih enam batu nautika.

Januari lalu, seorang nelayan Palestin, Abdullah Zeidan, ditembak mati oleh askar rejim Mesir. – Agensi

The post Nelayan Palestin ditembak mati appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian