ismakualaterengganu

PAS akan tanding di Permatang Pauh: Hadi Awang

BUTTERWORTH, 19 Jamadilawal 1439H, Isnin – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan parti itu akan meletakkan calonnya bertan...

BUTTERWORTH, 19 Jamadilawal 1439H, Isnin – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan parti itu akan meletakkan calonnya bertanding di kawasan Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), nanti.

Katanya, kawasan Parlimen Permatang Pauh adalah milik PAS apabila menang pada PRU 1978 menerusi Ustaz Zabidi Ali.

Pada PRU 1982, Zabidi bagaimanapun, kalah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mewakili Barisan Nasional (BN) ketika itu. Anwar kekal menjadi Ahli Parlimen kawasan itu sehingga penyingkirannya daripada UMNO pada 1998.

Pada PRU 1999, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang mewakili PKR bertanding di Parlimen Permatang Pauh dan menang.

Pada PRU13, ketika PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat, kawasan itu diserahkan untuk ditandingi oleh PKR.

Mengumumkan pada program Amanat Presiden PAS ‘PAS Tawan Permatang Pauh’ di hadapan Masjid Jamek Kubang Semang, semalam, Abdul Hadi berkata, kawasan Parlimen itu sangat bersejarah kepada PAS.

“Malam ini pendek sahaja, saya nak isytihar PAS nak bertanding Permatang Pauh. Takbir!

“Ini nak isytihar, ini kawasan PAS, PAS dah ambil pada tahun 1979, nak ambil balik. Terpulang kepada pengundi-pengundi di kawasan ini berusaha dengan gigih untuk menangkan PAS, Insha-Allah,” katanya.

The post PAS akan tanding di Permatang Pauh: Hadi Awang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 4223024206339365622

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item