PAS gesa pertingkatkan usaha martabat Mahkamah Syariah

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 11 Jamadilakhir 1439H, Selasa – PAS menggesa supaya usaha memartabatkan institusi Mahkamah Syariah dipertingkatkan selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan negara.

Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee berkata, kes permohonan murtad yang dibuat empat individu di negeri itu jelas menunjukkan pertembungan antara bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.

Beliau berkata, usaha PAS di peringkat nasional untuk memperkasakan peranan dan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah serta undang-undang Syariah menerusi pindaan Akta 355 bertepatan dan perlu disokong pimpinan Melayu Islam di Sarawak.

“Kerjasama erat antara semua Agensi-agensi kerajaan, NGO-NGO, Parti-parti politik dan orang perseorangan amatlah mustahak dalam mempertahankan akidah umat Islam di negeri ini.

“Suka juga ditekankan betapa pentingnya seluruh warga Malaysia yang terdiri dari masyarakat majmuk pelbagai kaum dan agama ini menghayati sejarah negara agar tidak mencabar isu sensitif melibatkan umat Islam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Jofri berkata, PAS negeri itu menyeru supaya usaha dakwah dan penerangan berkenaan kefahaman dan keindahan Islam terus digembleng bersama.

Katanya, semua pihak perlu memberi perhatian perhatian serius terhadap isu kebajikan mualaf dan saudara baru.

“PAS Sarawak menyeru seluruh umat Islam di Malaysia dan khususnya di Sarawak untuk berdiri teguh bersama institusi Islam di negeri ini dalam perbicaraan kes ini,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan empat individu yang mahu menukar agama daripada Islam kepada Kristian, dan memutuskan membawa kes mereka ke Mahkamah Syariah.

Panel lima hakim sebulat suara memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes murtad, sebaliknya hanya Mahkamah Syariah sahaja yang boleh berbuat demikian.

The post PAS gesa pertingkatkan usaha martabat Mahkamah Syariah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian