Pekerja am rogol anak kandung dipenjara 80 tahun, 24 sebatan

KUCHING, 5 Jamadilakhir 1439H, Rabu – Seorang pekerja am dijatuhkan hukuman penjara 80 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan merogol anak kandungnya sejak tiga tahun lalu.

Hakim Dayang Ellyn Narissa Abang Ahmad menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 40 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan enam sebatan bagi setiap pertuduhan.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, hanya mengangguk kepalanya ketika keputusan dibacakan kepadanya, dan hakim memutuskan supaya hukuman dijalankan secara berasingan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa melakukan perbuatan terkutuk terhadap anak perempuannya sebanyak empat kali dalam tempoh tiga tahun lepas, bermula sejak Mac 2015 ketika mangsa itu berusia 14 tahun di sebuah rumah di Padawan, kira-kira 65 km dari sini.

Mangsa juga dibawa oleh bapanya ke farmasi dan dipaksa makan pil pencegahan kehamilan selepas dirogol, dan selepas tidak tahan dengan keadaan tersebut, mangsa bertindak memberitahu ibunya mengenai perlakuan bapanya itu melalui aplikasi WeChat.

Tertuduh ditahan beberapa bulan lalu, selepas ibu manga membuat laporan polis.

Terdahulu, tertuduh, yang menundukkan muka sepanjang prosiding berlangsung, memohon mahkamah meringankan hukuman atas alasan dia harus menjaga tiga anak perempuan dan seorang lelaki, termasuk mangsa.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Haresh Prakash memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana perbuatan tertuduh menyebabkan mangsa trauma.

“Sumbatkan dia ke dalam penjara untuk jangka panjang dan buang kunci tersebut,” katanya. – Bernama

The post Pekerja am rogol anak kandung dipenjara 80 tahun, 24 sebatan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian